Kronologi Hidup

Saturday, November 7, 2009 · 0 coretan



Alhamdulillah baru tadi aku baru selesai menduduki Ujian IELTS bertulis. Bermula dari pukul 8 pagi sehinggalah berakhir pada pukul 12 tengah hari. Dan aku turut bersyukur kerana berjaya menempatkan diriku dalam senarai UK bound yang baru dikeluarkan. Sebelum ini, pernah jua aku termimpi-mimpi mendapat tempat di New Zealand, tapi ternyata mimpi itu hanyalah khayalan sahaja. Seingat aku, semasa membuat permohonan SPC dahulu, dalam personal statement aku ada menulis: "I would continue to KMB and further study at New Zealand." Mungkin kenyataan itu tidak berguna lagi pada masa sekarang. Alhamdulillah.

Secara ringkas dan jelasnya, beberapa bulan ini aku begitu hectic dan teramat sibuk. Jika orang lain perlu memikirkan hanya beberapa perkara akademik, aku merupakan orang yang paling packed dihujani pelbagai tanggungjawab. Dan sememangya aku merasai perubahan gaya hidupku. Dari selalu tidur lewat- 1-2 pagi, kini aku sudah manja untuk tidur seawal pukul 9.00 malam. Mungkin kalian rasa pelik bukan? Kalau sibuk mesti tidur lambat. Tapi inilah perubahan yang dilakukan. Namun ketika orang sedap tidur, aku akan bangun pada pukul 3 pagi sehinggalah sekitar 5 pagi di mana aku tidur Qailullah sekejap. Cukup efektif dan cukup berkesan, otak pun fresh.

Kronologi perjalanan hidup
Pada bulan ini dan bulan, beberapa aktiviti menarik telah berlangsung. Jadi sebagai mengungkap segala perjalanan hidup aku di KMB, aku simpulkan pada post ini dengan menggunakan ilustrasi gambar bagi memudahkan kalian memahami. Maaf jika terlalu banyak gambar, maklumlah internet laju, streamyx hotspot..



Sambutan Hari Raya AidilFitri bersama dengan PEMBINA



Pasukan Ultimate Frisbee di INTI University, semangat juang yangt tinggi


Bertemu dengan "twin" saya



Aksi spontan..


Ini pula gambar semasa Urine test untuk Biologi. Eiiyek..!



Meeting FishForLife3 di padang, membahaskan persediaan Paintball Clinic



Susun atur tapak perlawanan Paintball yang diajurkan oleh FishForLife 3



Kelihatan orang ramai mula membanjiri pavillion






FishForLife 3: menjual air semasa Hari Karnival Sukan untuk fundraising


Ultimate Frisbee lagi, tapi sedih.. kalah.. sobs3.. Spirit of the GAME!



Jamuan GNCC! Makan3...



Ini tikus saya, untuk eksperimen biologi, kaji anatomi. Senang jer.
Mula-mula kasi dia lemas dalam kloroform.


Kemudian, kita cucuk-cucuk macam ni.. biar dia x ley gerak.


Pastu saya perform la, gunting-gunting, hiris-hiris.



Jeng3.. Opps, terpotong aorta tikus, darah memancut-mancut. (hiperbola)


Kesimpulannya, bulan ini bulan yang hectic. banyak lagi kronologinya. Jika hendak dimasukkan semuanya, mungkin tidak muat blog ini. Itulah kehidupan seorang IB learner. Best dan seronok. Mantap. Jumpa lagi.

Baju Melayu BERTEMU Baju Kurung

Wednesday, November 4, 2009 · 9 coretan



Penulis selaku salah seorang organizer projek ini, bertindak sebagai unit promosi bagi Guidance and Couselling Club (GNCC) Kolej MARA Banting ingin mengajak para rakan seperjuangan, bloggers, terutamanya yang sedang belajar di Kolej MARA Banting agar sama-sama hadir pada PRGORAM BAJU MELAYU BERTEMU BAJU KURUNG ini bertemoat di Surau An-Nur, Kolej MARA Banting, Bukit Changgang, 8 November 2009.

Penulis sebenarnya tidak sabar untuk turut sama-sama memeriahkan program kerana masih tertanya-tanya apakah yang akan disajikan nanti dalam program tersebut oleh panel jemputan dari ISMA. Mungkinkah tentang cintan-cintun? Kahwin-kahwin?? Apa-apa pun jangan lepaskan peluang ini! Jangan balik rumah tau!! Serius best! Siapa nak kahwin cepat-cepat datang!!! Penulis tak sabar sebenarnya.. hehehe..

About Me

My Photo
Amin Rukaini
Welcome to my official site!! My full name is Amin Rukaini B Mustafa. My ambition is to be a great Muslim Scientist in Biotechnology, A 'Muallim' and also a millionaire minded person.Right now, i am studying at Kolej MARA Banting, undergoing IB. And i am continuing my study abroad.
View my complete profile

Flag counter

free counters

Recent Comments

Amazon.com Ads

Visitors